Archive

Posts Tagged ‘style2burn’

Style2Burn #2 : Interview with The Rhymeweaver

12/14/2010 Leave a comment

The Rhymeweaver adalah kenalan rapat kepada PWC. Salah seorang supporter terawal untuk acara Style2Burn. Selain daripada bakat rap yang super, beliau juga seorang yang sangat genius di dalam banyak hal. Di atas sebab itu, Style2Burn telah melantik beliau menjadi wordsmith untuk serie #2  ini. Jom layan baca..

Bro, kasi intro sket siapa diri anda ?
Salam, saya The Rhymeweaver dan saya seorang storyteller merangkap rapper merangkap guru sekolah. Saya gemar bercerita melalui genre rap, dan di samping itu saya jugak buat lagu-lagu jiwang dan battle rap. Saya dah release sekeping dua mixtape dan beberapa kerat lagu secara percuma di Internet. Saya juga menganggotai crew Flow Finesse, Rogue Squadron dan The Watchers.


Sebagai wordsmith kedua untuk Style2Burn, apakah yang anda rasakan?. Apa yang anda nampak setelah 10 series aktiviti ini berjalan ?
Saya happy sebab dipilih untuk mencadangkan perkataan untuk Style2Burn #2 walaupun saya ni tak la hebat mana pun dalam arena rap ni… banyak lagi rappers yang power-mower dan hebat-lebat. Ini menunjukkan yang PWC tak pandang reputasi dan connection seseorang tu dalam arena hip hop ni, sebab asalkan kita put in work, semuanya sama; mainstream atau underground, profesional atau amatur, dah established atau baru nak naik. Satu lagi, saya suka inisiatif PWC melibatkan rappers dlm acara graffiti, selaras dgn semangat 1HipHop.

Saya ikut perkembangan Style2Burn melalui RSS Feed saya, tapi maaflah saya tak pernah komen sebab jahil pasal graffiti ni LOL. Apapun saya rasa Style2Burn ni memang bagus untuk yg newbie untuk praktis dan yg veteran untuk discover teknik-teknik terbaru. Saya harap Style2Burn ni dapat tarik lebih ramai writers baru dengan turut mengadakan tutorial asas-asas graffiti.


Kenapa anda pilih KNOW ?
Saya pilih KNOW sebab semua elemen hip hop memerlukan kita KNOW. Hip hop tu bagi saya ialah KNOWLEDGE. Kalau nak jadi writer, kena KNOW strokes dan komposisi lettering; kalau nak jadi rapper, kena KNOW camne nak manipulasi perkataan; kalau nak jadi beatboxer kena KNOW rhythm dan teknik. Tak boleh main bedal je, nanti jadi hampas. So bagi saya KNOW tu sangat penting dalam hip hop. Jangan mengaku hip hop kalau anda tak ada knowledge, atau lebih teruk, malas nak mencari knowledge. Dan Style2Burn ialah tempat yang paling sesuai dan cool untuk mencari knowledge pasal teknik graffiti.


Apa yang anda ingin lihat dalam Style2Burn di masa hadapan? Mungkin ada cetusan idea ?
Saya harap Style2Burn boleh dapat sponsor yang gempak2 supaya boleh dipamerkan di Galeri Seni Nasional. Tapi in case tu melampau sangat, saya harap untuk tiap2 sesi Style2Burn, ada keluarkan T-shirt yang jelita dihiasi piece2 terhebat dari setiap sesi. Saya mesti pilih!


Stylee..Ok bro, sepatah dua kata untuk rakan-rakan pembaca kita
Singgah la di website saya www.rhymeweaver.blogspot.com di mana saya meraban pasal benda-benda yang tak senonoh. Shoutout untuk The IRV dari Flow Finesse, Rogue Squad terkuat menyengat tak ingat, dan superheroes Watchers yang berpangkalan di Bat Cave. Terima kasih Phiberwryte Crew sebab interview saya, dan teruskan usaha anda memperhebatkan scene graffiti dan hip hop Malaysia.

Terima kasih kepada encik The Rhymeweaver diatas kesudian beliau menjawab soalan2 ringkas kita.. Semoga kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan, kami ucapkan encik The Rhymeweaver terus maju di dalam arena rap ini. Chiaoo~

Advertisements
Categories: Activity, News Tags: ,

Style2Burn #8 Updates

07/14/2010 Leave a comment

WEEK #8

WORD : DREAM by JIN HEEZY

Click here for Style2Burn #8 photo album

Categories: Activity, News Tags: , , ,

Style2Burn #7 : Rockin’

05/25/2010 Leave a comment

Style2Burn #7 : Rockin’! Word by Bboayh Felix from Radikal Forze Crew (SG). Worduppp..kasi crazy leg satu kali bro. hehehe

Click here for more dope sketches from Style2Burn #7

Categories: Activity, News Tags: ,

Style2Burn #6 : VERSES

04/23/2010 1 comment

Style2Burn #6 : Verses

Word by Apocalypse Dawn.

Sketches feat. Skope One, Nenok, Esok, Nuke, Mimer, Waser, Keas, Akes. Domer, Rash and others. Check em out here!

Categories: Activity Tags: , ,

Style2Burn #6: VERSES

04/12/2010 Leave a comment

Word by Apocalypse Dawn

Hantar sketch anda di 40kgraffzine@gmail.com sebelum 18 April 2010.
Wanna join us ? Send your sketch to 40kgraffzine@gmail.com before 18th April 2010

Previous Style2Burn Sketch series

Cyde @ Style2Burn #5 : DARE

Domer @ Style2Burn #4 : Champ

More flix of Style2Burn series here

Categories: Activity Tags: ,

Writer Of The Month : Blob X Style2Burn

04/07/2010 Leave a comment

Yo Blob! selamat kembali ke 40KGZ, sebagai salah seorang kontributor utama, apa itu Style2Burn dari pandangan en.Blob ?
Utk aku S2B utk semua writer…salah satu bende yg menguji writer to write something diff..so xdelah dia tumpu kepade name dia..try to put his style using diff word..


Secara seriusnya, siapa yang patut melibatkan diri dgn s2b pada pandangan anda ?
All the writer yg into typo, letters n style..


Di manakah kekuatan/keberkesanan S2B ini ? Adakah S2B membantu en.Blob di dalam pencarian gaya penulisan sekarang?(style-writing)
Sgt membantu dr style. mcm mane nk sambung kan satu alphabet dgn alphabet yg lain using ur style…


Mengapa s2b harus dijadikan antara aktiviti seseorang penulis graffiti ?
The more u sketch, the more u know hw to write… Practise makes perfect

Baru-baru ini en.Blob telah terlibat dengan aktiviti Style2Burn : Wall Session #1 yang pertama kalinya dilakukan di Malaysia. Pandangan en.Blob terhadap sessions sebegini ?
Very good, put ur sketch on the wall is the best ting to do..plus when u write on piece of paper lain dari write on the wall. some more that wat graffiti is… show ur artwork on the wall..

Terima Kasih kepada en.Blob di atas kesudian meluangkan masa menjawab soalan2 kami. Semoga jawapan en.Blob boleh dijadikan inspirasi oleh writers lain juga. -40KGZ

Categories: Activity, News Tags: , ,

Style2Burn : Wall Session #1 Full Flix

04/05/2010 Leave a comment

Photos by : SR Photography

More flix here. Check it out, 40KGZ, Style2Burn, 2010

Categories: Activity, Events, News Tags: