Home > Activity, News > Style2Burn #2 : Interview with The Rhymeweaver

Style2Burn #2 : Interview with The Rhymeweaver

The Rhymeweaver adalah kenalan rapat kepada PWC. Salah seorang supporter terawal untuk acara Style2Burn. Selain daripada bakat rap yang super, beliau juga seorang yang sangat genius di dalam banyak hal. Di atas sebab itu, Style2Burn telah melantik beliau menjadi wordsmith untuk serie #2  ini. Jom layan baca..

Bro, kasi intro sket siapa diri anda ?
Salam, saya The Rhymeweaver dan saya seorang storyteller merangkap rapper merangkap guru sekolah. Saya gemar bercerita melalui genre rap, dan di samping itu saya jugak buat lagu-lagu jiwang dan battle rap. Saya dah release sekeping dua mixtape dan beberapa kerat lagu secara percuma di Internet. Saya juga menganggotai crew Flow Finesse, Rogue Squadron dan The Watchers.


Sebagai wordsmith kedua untuk Style2Burn, apakah yang anda rasakan?. Apa yang anda nampak setelah 10 series aktiviti ini berjalan ?
Saya happy sebab dipilih untuk mencadangkan perkataan untuk Style2Burn #2 walaupun saya ni tak la hebat mana pun dalam arena rap ni… banyak lagi rappers yang power-mower dan hebat-lebat. Ini menunjukkan yang PWC tak pandang reputasi dan connection seseorang tu dalam arena hip hop ni, sebab asalkan kita put in work, semuanya sama; mainstream atau underground, profesional atau amatur, dah established atau baru nak naik. Satu lagi, saya suka inisiatif PWC melibatkan rappers dlm acara graffiti, selaras dgn semangat 1HipHop.

Saya ikut perkembangan Style2Burn melalui RSS Feed saya, tapi maaflah saya tak pernah komen sebab jahil pasal graffiti ni LOL. Apapun saya rasa Style2Burn ni memang bagus untuk yg newbie untuk praktis dan yg veteran untuk discover teknik-teknik terbaru. Saya harap Style2Burn ni dapat tarik lebih ramai writers baru dengan turut mengadakan tutorial asas-asas graffiti.


Kenapa anda pilih KNOW ?
Saya pilih KNOW sebab semua elemen hip hop memerlukan kita KNOW. Hip hop tu bagi saya ialah KNOWLEDGE. Kalau nak jadi writer, kena KNOW strokes dan komposisi lettering; kalau nak jadi rapper, kena KNOW camne nak manipulasi perkataan; kalau nak jadi beatboxer kena KNOW rhythm dan teknik. Tak boleh main bedal je, nanti jadi hampas. So bagi saya KNOW tu sangat penting dalam hip hop. Jangan mengaku hip hop kalau anda tak ada knowledge, atau lebih teruk, malas nak mencari knowledge. Dan Style2Burn ialah tempat yang paling sesuai dan cool untuk mencari knowledge pasal teknik graffiti.


Apa yang anda ingin lihat dalam Style2Burn di masa hadapan? Mungkin ada cetusan idea ?
Saya harap Style2Burn boleh dapat sponsor yang gempak2 supaya boleh dipamerkan di Galeri Seni Nasional. Tapi in case tu melampau sangat, saya harap untuk tiap2 sesi Style2Burn, ada keluarkan T-shirt yang jelita dihiasi piece2 terhebat dari setiap sesi. Saya mesti pilih!


Stylee..Ok bro, sepatah dua kata untuk rakan-rakan pembaca kita
Singgah la di website saya www.rhymeweaver.blogspot.com di mana saya meraban pasal benda-benda yang tak senonoh. Shoutout untuk The IRV dari Flow Finesse, Rogue Squad terkuat menyengat tak ingat, dan superheroes Watchers yang berpangkalan di Bat Cave. Terima kasih Phiberwryte Crew sebab interview saya, dan teruskan usaha anda memperhebatkan scene graffiti dan hip hop Malaysia.

Terima kasih kepada encik The Rhymeweaver diatas kesudian beliau menjawab soalan2 ringkas kita.. Semoga kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan, kami ucapkan encik The Rhymeweaver terus maju di dalam arena rap ini. Chiaoo~

Advertisements
Categories: Activity, News Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: