Home > Activity > Writer of the Month : Rash X Style2Burn

Writer of the Month : Rash X Style2Burn

1. Apa itu Style2Burn dari pandangan anda ?
Style2Burn sendiri telah menerangkan ciri2 yang ada dalam salah satu elemen graff itu sendiri. Baik, kita pecahkan kod itu satu-per-satu.. 1st iaitu style, ia tulang belakang dalam elemen graff. gaya pengubahan alphabet untuk diinterpret pada awam dalam masa yg sama mewakili anda. yang akhir iaitu burn, outcome atau hasil yg akan membuat orang selain anda berfikir karektor yang terdapat dalam Piece anda. Jika digabungkan itu semua kata akan dapat gaya penulis yang datang dari hati sanubari para Writer.


S2B #4 CHAMP [word by KRAFT]

2. Siapa yang patut melibatkan diri dgn s2b pada pandangan anda ?
Sepatutnya ia terbuka pada semua insan yang mempunyai bakat dan minat dalam graff. anda yang mempunyai 2 syarat ini patut bersama bekerjasama dan menjulang apa yang tuhan kurniakan dalam diri anda, bukan hanya duduk lihat dan paling buruk mengkritik tanpa membantu apa yang telah sediaada sekian lama. dan itu soalan saya pada pembaca..

S2B #3 BEATS [word by Mc Vandal]

3. Di manakah kekuatan/keberkesanan S2B ini ?Adakah ia mempengaruhi gaya penulisan anda sekarang ?
Haha, 2 soalan sekali gus! o.k kekuatan S2B adalah pada pemain yang mengambil bahagian, anda yang mewarnakan scene ini, kemana arah yang sepatutnya ia berada? namun tidak lupa pembantu atau pendokong S2B iaitu 40KGraffZine dan akhirnya pembaca seperti anda! Bercerita tentang gaya penulisan sememangnya banyak faktor dalam pengaruh tersebut salahsatunya faktor pembikinan. Benar, sememangnya basic font satu2nya pati dalam penulisan tetapi anda terlepas saat manis atau perjalanan sesuatu pembikinan seumpama bila filem block-buster, mesti ada preview untuk menarik minat penonton. Sebetulnya bukan itu yang nak diketengahkan tapi the moment atau saat2 anda melakar sejarah yang anda cipta atau sebahagian dari kejadian itu. itu yang buat saya amat teruja. Bolehkah anda rasa? Dan anda harus merasainya sendiri.

S2B #2 KNOW [word by The Rhymeweaver]

4. Mengapa s2b harus dijadikan antara aktiviti seseorang penulis graffiti ?
Setiap diri seorang penulis perlu ada wadah atau aktiviti yang meningkatkan pencapaian walau apa bidang sekalipun samaada untuk diri dan persekitarannya. Dan secara jujurnya ia patut dipertingkatkan dari masa kesemasa seperti amalan KAIZEN, kerana ia bukan duduk dalam satu jenis peringkat. Ia lebih dari itu dan dalam merealisasikannya, hanya masa akan menentukan kemana ia akan berada dan sejauh mana ia pergi….

S2B #1 REAL [word by Saph of SSK]

5. Bagaimana anda menetapkan (organize) waktu untuk bersama s2b (sketch) dan pada masa yang sama menguruskan sebuah keluarga ?
2 ayat yang membantu saya selama ini iaitu Pengetahuan dan Urus. Tiada yang lain selain dari 2 ayat ini dan akhirnya berlakulah pengalaman. Dari situ anda akan menilai dan menyusun kembali apa yang anda terlepas, kurang atau tiada dalam senarai anda. Dalam kata lain anda harus ada KPI (Key Performance Indicators) anda sendiri dan akhir sekali perlu sematkan ia ke hati, kerana apabila cinta mengiringi apa yang ada lakukan ia akan berlaku dengan cara terbaik pada diri dan keluarga secara keseluruhan.

Terima kasih pada 40k GraffZine dan mereka yang membaca. Anda tahu siapa anda!

[Real by Rash]
Advertisements
Categories: Activity Tags: , , ,
  1. Nenok.PW
    02/18/2010 at 6:06 am

    See, he’s my idol ok~ luv the explainations!

  2. 02/18/2010 at 6:19 am

  3. 02/18/2010 at 6:28 am

    thats good yaw…i like it

  4. 02/18/2010 at 7:17 am

    Jaga kerja baik anda!!
    Juga kepada PW..
    Pow~Wow!!

  5. Domer
    02/18/2010 at 7:05 pm

    woahh.. good explanation!

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: