Home > Activity, News, Street graff > 40KGZ Writer of the Month #1 : RASH interview

40KGZ Writer of the Month #1 : RASH interview

1. Hello bro, apa yang anda tulis di dalam graffiti?
Hello, nama yang selalu dilakar ialah RASH, namun saya juga melakar beberapa nama lain antaranya RASHE, ELEV, RASHELEV dan terbaru PRAPS.

2. Sejak bila dan dimana kah anda bermula ?
Jika secara rasminya boleh dikatakan sejak 2003 semasa Meeting of Style di Sg. Kelang, Kuala Lumpur

3. Siapa/apa yang mempengaruhi dalam penulisan graffiti?
Pengaruh terbesar saya adalah Tha-B, dia juga merupakan adik kandung yang merupakan sama aliran minat dalam bidang lakaran melukis semasa kamisekolah rendah. Dimana semasa kecil kami merupakan peminat komik dan Majalah Humor di Malaysia, kami sanggup menghabiskan masa dari membaca hingga melukis watak-watak kartun atau karikatur yang sedang popular dizaman awal 80-an.

4. Pendapat dan pandangan anda tentang aktiviti graff di Malaysia?
Aktiviti graff di Malaysia telah lama wujud secara rahsia atau tersembunyi di era 80an, namun sejak ledakan internet dan penglibatan media aktiviti,ia mula naik sedikit demi sedikit sehingga menjadi pengaruh terbesar terutama dalam perkembangan fesyen dan kehidupan masa kini.

5.Apakah yang anda jangkakan tentang diri anda dan graff scene MY pada tahun ini?
Harapan terbesar yang boleh saya harapkan adalah berkaitan kepada seni Abjad yang mana ia merupakan tulang belakang dalam penglibatan utama saya kepada graff seperti salah satu dari alias saya iaitu ELEV. Singkatan kepada Evolve Letter Enhance Vandal yang menitik beratkan perubahan secara berperingkatan pada seni Abjad disamping menjadikan kegiatan salahlaku awam ke arah yang lebih berunsur positif dan bermanafaat pada diri, kumpulan dan persekitaran secara umumnya

6.  Nilai crew/family kepada anda ?
Kepentingan Krew amat-amat memberi kesan mendalam terutama dalam perilaku,cara berkomunikasi, pembentukan jatidiri dalam segala bidang. Ia juga melatih dalam sikap saling mempercayai, memberi idea, mematuhi arahan yang dipesetujui bersama dan melaksanakan tugasan yang ada.

7. Apakah rutin graffiti harian anda ?
Sketch merupakan rutin harian. Ia juga dianggap budaya, jika ia diamalkan secara berterusan dan penuh berdedikasi

8. Apakah pandangan anda tentang kedudukan media di dalam scene graffiti kita ?
Peranan media amat berhubung kait dengan peningkatan dan kejatuhan sesebuah pergerakan. Jika ia diberi penerangan secara jujur dan jelas saya tidak nampak keburukan media pada aktiviti Graff terutama di Malaysia

9. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengembangkan persaingan graffiti letter di MY?
Dalam mengembangkan persaingan Abjad adalah pemain itu sendiri. Jika nilai Integriti diri dipupuk selaraskan dengan persaingan, saya percaya ia menjadi tonggak pada keyakinan perkembangan sihat dan wujud rasa hormat terutama pada pemain-pemain yang terlibat dalam persaingan tersebut.

10.Merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia, apakah pandangan anda ttg ‘graffiti lucah’ di kuala lumpur?
Fokus terutama adalah pemahaman. Jika media ingin membongkar apa jua berita yang dilihat secara luaran (pandangan mata) ia harus disertai dengan pemahaman orang yang terlibat. Dalam kes ini ia berkaitan penulis/pengkarya yang dimaksudkan, jangan hanya kerana sebilang kecil yang membuat onar, mereka menghukum semua yang terlibat pada perkara yang sama. Ia seperti kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Disamping itu cubalah tanamkan sifat ingin membantu bukan ingin menyalahkan orang kerana sikap ini akan membantu proses kearah kebaikan malah menjadi kepada keburukan. Dan ia sama sekali tidak membantu mana-mana pihak samaada secara jangka pendek ataupun masa panjang. Diruang ini saya ingin mencadangkan agar pihak media sama-sama dengan pihak berwajib dan para pengkarya menjadikan pergerakkan Graff disanjung tinggi bukan pada peringkat Malaysia tapi diperingkat global. Moga usaha ini dapat menjadikan Malaysia sebagai Negara yang mencapai tahap daya saing unggul dimata dunia.terima kasih atas peluang ini.

-40kg’z
Advertisements
Categories: Activity, News, Street graff Tags: , ,
  1. Nenok.PW
    02/09/2010 at 6:12 am

    MR RASH! u my idol!

  2. Domerizer
    02/10/2010 at 6:59 am

    Props to Praps

  3. 02/12/2010 at 6:17 am

    smart sey..aku minat suunggu bab2 grafiti ni 😀

    • 02/12/2010 at 7:46 am

      Good, follow us here alright

  4. 02/13/2010 at 7:04 pm

    holaa…
    actually aku pn mengikut perkembangan2 korg….
    antara graff artist yg paling aku respect habis2an, THA-B, MILE, ISH POISON PHILLS, SuperSunday Crew n mcm2 la….
    tp, 1 sj aku nk tnya sbb aku baru baca MASTIKA td ttg graffiti yg RASH bt…tlg bg komen cket

    • 02/16/2010 at 1:31 pm

      Thanks for feedback.
      Merujuk kepada soalan tentang MASTIKA tu, apa soalan yang nak ditujukan ?
      Kita boleh usahakan untuk bukak sesi conference dgn Mr. Rash.

  5. 02/18/2010 at 6:13 am

    Cayo la Along!!

    timer kaseh encik-encik 40kilo!! respecto optimo primero!!

    Tha-B

    • 02/18/2010 at 6:18 am

      no prob beb, kita kan sefamilia

  6. iko
    02/20/2010 at 1:12 am

    salam: bro, aku dengar graffiti yg positif sudah “dihalalkan” di malaysia, atas sebab ia akan mmbuatkn bandar KL nmpk lebih berseni,
    betulkah ia sudah dihalalkan?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: