PAINT MY WRYTE

12/22/2010 Leave a comment

Rantai Art Fest 2010 : GRAVITY mempersembahkan sebuah slot event PAINT MY WRYTE.
Demonstrasi graffiti dari artist/writer yang tertera di flyer.
Sabtu ini di Balai Seni Lukis/ National Art Gallery

Saturday, National Art Gallery 11am

VIA N1

Advertisements
Categories: Activity, Events

Raising The Bar

12/22/2010 1 comment

Sebuah event yang menghimpunkan komuniti writers, emcee, dj, bboay terhandal di bawah satu bumbung, selain dari mengingati mendiang Jeng yang baru saja meninggalkan scene graff minggu lepas(tribute). Jumpa PWC, TSS, TLG, PHB disana pada hari Rabu(malam ini) di Artista Bar & Restaurant, Tropicana City Mall.

Categories: Activity, Events

Style2Burn #2 : Interview with The Rhymeweaver

12/14/2010 Leave a comment

The Rhymeweaver adalah kenalan rapat kepada PWC. Salah seorang supporter terawal untuk acara Style2Burn. Selain daripada bakat rap yang super, beliau juga seorang yang sangat genius di dalam banyak hal. Di atas sebab itu, Style2Burn telah melantik beliau menjadi wordsmith untuk serie #2  ini. Jom layan baca..

Bro, kasi intro sket siapa diri anda ?
Salam, saya The Rhymeweaver dan saya seorang storyteller merangkap rapper merangkap guru sekolah. Saya gemar bercerita melalui genre rap, dan di samping itu saya jugak buat lagu-lagu jiwang dan battle rap. Saya dah release sekeping dua mixtape dan beberapa kerat lagu secara percuma di Internet. Saya juga menganggotai crew Flow Finesse, Rogue Squadron dan The Watchers.


Sebagai wordsmith kedua untuk Style2Burn, apakah yang anda rasakan?. Apa yang anda nampak setelah 10 series aktiviti ini berjalan ?
Saya happy sebab dipilih untuk mencadangkan perkataan untuk Style2Burn #2 walaupun saya ni tak la hebat mana pun dalam arena rap ni… banyak lagi rappers yang power-mower dan hebat-lebat. Ini menunjukkan yang PWC tak pandang reputasi dan connection seseorang tu dalam arena hip hop ni, sebab asalkan kita put in work, semuanya sama; mainstream atau underground, profesional atau amatur, dah established atau baru nak naik. Satu lagi, saya suka inisiatif PWC melibatkan rappers dlm acara graffiti, selaras dgn semangat 1HipHop.

Saya ikut perkembangan Style2Burn melalui RSS Feed saya, tapi maaflah saya tak pernah komen sebab jahil pasal graffiti ni LOL. Apapun saya rasa Style2Burn ni memang bagus untuk yg newbie untuk praktis dan yg veteran untuk discover teknik-teknik terbaru. Saya harap Style2Burn ni dapat tarik lebih ramai writers baru dengan turut mengadakan tutorial asas-asas graffiti.


Kenapa anda pilih KNOW ?
Saya pilih KNOW sebab semua elemen hip hop memerlukan kita KNOW. Hip hop tu bagi saya ialah KNOWLEDGE. Kalau nak jadi writer, kena KNOW strokes dan komposisi lettering; kalau nak jadi rapper, kena KNOW camne nak manipulasi perkataan; kalau nak jadi beatboxer kena KNOW rhythm dan teknik. Tak boleh main bedal je, nanti jadi hampas. So bagi saya KNOW tu sangat penting dalam hip hop. Jangan mengaku hip hop kalau anda tak ada knowledge, atau lebih teruk, malas nak mencari knowledge. Dan Style2Burn ialah tempat yang paling sesuai dan cool untuk mencari knowledge pasal teknik graffiti.


Apa yang anda ingin lihat dalam Style2Burn di masa hadapan? Mungkin ada cetusan idea ?
Saya harap Style2Burn boleh dapat sponsor yang gempak2 supaya boleh dipamerkan di Galeri Seni Nasional. Tapi in case tu melampau sangat, saya harap untuk tiap2 sesi Style2Burn, ada keluarkan T-shirt yang jelita dihiasi piece2 terhebat dari setiap sesi. Saya mesti pilih!


Stylee..Ok bro, sepatah dua kata untuk rakan-rakan pembaca kita
Singgah la di website saya www.rhymeweaver.blogspot.com di mana saya meraban pasal benda-benda yang tak senonoh. Shoutout untuk The IRV dari Flow Finesse, Rogue Squad terkuat menyengat tak ingat, dan superheroes Watchers yang berpangkalan di Bat Cave. Terima kasih Phiberwryte Crew sebab interview saya, dan teruskan usaha anda memperhebatkan scene graffiti dan hip hop Malaysia.

Terima kasih kepada encik The Rhymeweaver diatas kesudian beliau menjawab soalan2 ringkas kita.. Semoga kita akan bekerjasama lagi di masa hadapan, kami ucapkan encik The Rhymeweaver terus maju di dalam arena rap ini. Chiaoo~

Categories: Activity, News Tags: ,

Style2Burn #1 : Interview with SAPH SSK

12/13/2010 Leave a comment

Kalau kau orang nak tahu, Saph dari Rap group yang bernama SSK adalah wordsmith pertama untuk aktiviti Style2Burn. Sebagai tanda penghormatan untuk beliau, kami pun dengan selamba interview dia. Silakan menyantap bahan bacaan ini..

Hello, ok sebelum apa-apahal, kenalkan diri anda Saph ?
Hi nama aku Saph (bukan nama sebenar). 1/3 daripada SSK dan bernaung di bawah Rogue Squadron.


Sebagai wordsmith pertama untuk Style2Burn, apakah yang anda rasakan?. Apa yang anda nampak setelah 10 series aktiviti ini berjalan ?
Aku rasa benda ni best ah. Selain dari dapat menyatukan para writers dan juga para aktivis hip hop lain. benda ni sihat orang kata. Boleh menjauhkan diri daripada pengaruh dadah. Style2Burn perlu diteruskan lagi dimasa hadapan.

Punyalah banyak wording dalam dunia ni, kenapa kau pilih REAL ?
Aku pilih REAL sebab perkataan tu perkataan terpenting didalam Hip Hop. keep it betul ok


Apa yang kau ingin lihat dalam Style2Burn di masa hadapan?
Kalau boleh dijadikan buku pun best. Kompilasi Style2Burn.


Word! Ok saph interview kita hari ni tak panjang, any shouts ?
Shoutouts to Rogue Squadron, PWC dan semua graff crew kat Malaysia (aku taktau semua nama crew doh, maaf ya)

Its ok bro, takdehal.. Untuk kau orang yang tak pernah kenal siapa Saph SSK ni, boleh la layari laman sesawang beliau di:

roguesquadron.my
reverbnation.com/sskrew
twitter.com/sskrew
youtube.com/sskmusik
youtube.com/saphssk

Categories: Activity, News

Meeting of Styles Kuala Lumpur 2010

11/26/2010 Leave a comment

7 Days left.. Times tickin..Tick tick tick.. Open to all graffiti writers/ artist. Meet local & International heroes there. For more info : CLICK CLACK HERE :

Categories: Events, News

STYLE2BURN #10 : BAKAT

11/16/2010 1 comment

Style2Burn #10 menjemput NBE untuk memberi kata. BAKAT adalah word yang dipilih oleh majoriti. Layan sampai puas beberapa sketch BAKAT yang dipilih untuk mewakili muka depan 40kgz kali ni. Untuk melihat keseluruhan penyertaan, klik di sini

BAKAT b NENOK

BAKAT by DAMIS

BAKAT by MOCK

BAKAT by NUKE

BAKAT by RASH

BAKAT by RESK

Siapakah NBE ? N1 ada jawapannya. Klik disini untuk membaca interview bersama NBE

Categories: Activity, News

Whole Train Dvd & Ost

11/16/2010 1 comment

Baru menerima email dari rakan yang meminta pertolongan untuk menyebarkan khabar ini. Whole Train Dvd & OST akan dilepaskan pada 23 Novembre 2010 iaitu seminggu dari sekarang. Disini aku sertakan trailer dan juga Soundtrack Snippet dari mereka.

OST Snippet disini : http://official.fm/track/132500

Info lanjut disini

 

via N1

Categories: News